PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi Aishah yang amat popular satu masa dulu telah melahirkan rasa terkilan dengan program Juara Parodi tribute to Yus Jambu.

Bagi Aishah program itu lebih baik jika dibuat hanya memanfaatkan arwah yus Jambu. Aishah telah memberi teguran secara terbuka tentang hal ini.

Teguran Sentap Penyanyi Aishah Isu Rancangan "Juara Parodi Tribute To Yus Jambu"

Ini komennya:

Hmmm….malam tadi dah terdetik hati dah nak komen,tapi tak nak pulak orang kata kita asyik cari kesalahan orang…rupanya ada yg berfikiran yg sama…..setahu I,di luar negara,utk orang bukan Islam,beginilah cara mereka mengingati si mati,siap nyanyi2,baca puisi…personally,kalau nak buat program begini biarlah byk manfaatnya pada si mati…contoh..mungkin Astro boleh teruskan usaha Arwah Pak Yus dlm membantu sekolah2 ugama dll lain2 charity dan niatkan pahala sedekah itu kepada arwahnya,gitu juga dgn teman2 lain,boleh buat aktiviti amal jariah utk disedekahkan pahalanya pada arwah.Mungkin ada I tak sure kerana I tonton program pun sekerat jalan.Kalau ada Alhamdulillah.Elok juga kalau di akhir rancangan kita ramai2 membacakan doa dan Al Fatihah utk arwah setakat menyanyi2 tu bagi I hanya melayan perasaan yg tinggal….fikirkanlah bersama…Al Fatihah untuk Allahyarham Yussfy Edoo…semoga Allah swt letakkan rohnya di kalangan orang2 yg beriman…


Apapun mari kita doakan arwah Yus Jambu dan sedekahkan Al Fatihah.

(Baca: Untuk menguji persahabatan, Pak Yus sengaja pinjam RM5,000 dari Ajak Shiro)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.