PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR – Berita mengenai kemangkatan anakanda kelima Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim terjawab menerusi laman instagram yang dikongsikan ibu saudara baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi laman yang dimuat naik itu, memberikan maklumat sahih berkenaan kemangkatan Tunku Abdul Jalil lapor SuaraTV.

Tunku Abdul Jalil Disahkan Mangkat

“Inna lillah wa inna ilaihi rojiun….. semoga Allah SWT cucuri rahmat keatas roh anak saudara saya Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah… alfatihah….,”tulisnya.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi tentang keadaan kesihatan Tunku Abdul Jalil diperkatakan dan difahamkan putera kelima itu dirawat di salah sebuah hospital di Singapura.

Bagaimanapun, spekulasi itu disangkal sama sekali oleh baginda menerusi laman facebooknya.

Terdahulu, pengguna laman sosial yang bersimpati dengan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hastag #prayForTunkuJalil, dengan peminat-peminat bolasepak negeri itu memasang kain rentang bertuliskan hastag itu di pagar salah sebuah stadium dalam perlawanan pasukan JDT.

Tengku Puan Pahang Sahkan Tunku Abdul Jalil Mangkat

(Baca: Berita Kemangkatan Tunku Jalil)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.