PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mufti Perlis menasihatkan umat Islam mengubah budaya apabila ziarah kematian yang menyusahkan keluarga si mati yang terpaksa menyediakan makanan untuk tetamu.

Keluarga Islam yang baru kehilangan anggota keluarga tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggungjawab menyediakan makanan bagi tetamu yang datang menziarah.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, begitu juga dengan majlis tahlil di mana keluarga terbabit juga tidak sepatutnya dibebankan untuk menyediakan makanan.

Dr MAZA kata Tetamu yang ziarahi kematian sepatutnya bawa makanan

Katanya, sepatutnya tetamu yang membawa bantuan makanan kepada keluarga berkenaan yang sedang dilanda kesedihan kerana baru berhadapan kematian.

“Sepatutnya yang menjadi sunnah, kita membawa bantuan makanan dan selainnya buat keluarga si mati, bukan kita menghabiskan makanan mereka ataupun menyusahkan mereka menyediakan makanan untuk kita,” tulisnya di Facebook.

Asri berkata, perbuatan itu sangat berbeza dengan ajaran Islam seperti yang disebut dalam hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi yang menyebut, “Apabila datang berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: Buatlah untuk keluarga Ja’far makanan kerana telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka”.

Beliau berkata, amat mendukacitkan apabila berlaku kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan dan kebajikan kaum keluarganya.

Beliau mengulas laporan akhbar Harian Metro berkenaan seorang wanita di Johor Bahru yang baru kematian suami dan terpaksa menggunakan wang untuk majlis tahlil (yang disumbangkan jiran-jiran) bagi membayar sewa rumah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.