PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pasangan kekasih yang dalam perjalanan membeli makanan berdepan detik cemas apabila ‘diculik’ dan dibawa bersiar-siar selama setengah jam oleh tiga penyamun sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Taman Tualang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun dan pasangannya berusia 18 tahun, dilaporkan tidak cedera sebelum meminta bantuan orang awam untuk membuat laporan di Balai Polis Mentakab, dekat sini lapor Harian Metro.

Detik cemas pasangan kekasih diculik oleh tiga penyamun

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, sebelum kejadian, mangsa yang menaiki kereta Perodua Axia berhenti di lampu isyarat di Jalan Industri Mentakab, dekat sini.

“Suspek yang menaiki kereta berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum dua daripada mereka mengarahkan mangsa turun dan menaiki kereta suspek, manakala kereta mangsa dipandu seorang lagi rakan suspek,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dibawa bersiar-siar selama setengah jam sebelum ditinggalkan di tepi jalan, manakala kereta bersama telefon bimbit milik mangsa dilarikan oleh suspek.

Katanya, polis yang menerima maklumat awam membuat serbuan di hotel bajet di Kajang, Selangor dan menahan dua lelaki berusia 34 tahun dan 24 tahun di dalam bilik hotel berkenaan.

Zundin berkata, polis menemui semula kereta Perodua Axia milik mangsa yang disembunyikan di Bandar Teknologi Kajang, Selangor, manakala seorang lagi suspek yang masih bebas kini diburu polis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.