PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selepas kemangkatan adinda tersayang, Almarhum Tunku Jalil, Tengku Mahkota Johor (TMJ) ada menuliskan perasaan hatinya untuk Almarhum adindanya.

Luahan Sayu Terakhir TMJ Untuk Tunku Jalil

Berikut merupakan nulikan jiwa TMJ untuk Tunku Jalil.

Kepada adikku yang dikasihi…

Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,
Tunku Mahkota Johor.

Terbaharu, Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, JB, 2.50 petang.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al-Fatihah..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ
آمِيّنْ…

Ya Allah, Ampunilah dia, limpahkanlah rahmat ke atas rohnya, muliakanlah tempatnya, luaskanlah, terangilah dan harumkanlah persemadiannya. Mandikanlah dia dengan air salju dan embun. Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, Tempatkanlah dia di sisi orang-orang yang kau redhai. Lindungilah dia dari azab kubur dan azab api neraka.

Masukkanlah dia ke dalam syurgaMu ya ALLAH. Amin.

(Baca: Sekitar Istiadat Pemakaman Almarhum Tunku Abdul Jalil (25 Foto))

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.