PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bengang internet line bermasalah? Ini ‘ubat’ untuk masalah tersebut. Pelajari cara membuat tuntutan rebat dengan pihak TM apabila berlaku gangguan internet. Semoga bermanfaat.

Daripada korg (anda) memekak update status line Unifi hampeh la apa la. Baik korg ikut apa aku buat. Ini kali ke-6 aku dapat rebat daripada TM disebabkan gangguan internet.

Cara Tuntut Rebat TM Untuk Gangguan Internet

1. Call 100, buat laporan mengenai isu internet yang dialami. Pastikan semua troubleshooting yang disuruh buat korg ikut. Lepas laporan dibuat, catitkan nombor laporan. Kebiasaannya dorg (mereka) akan selesaikan masalah dalam 24 jam. Kalau lebih 24 jam anda layak untuk mohon rebat.

2. Jika issue yg dihadapi selesai, contohnya 2 hari selepas buka kes. Maklumkan kepada 100 bahagian teknikal untuk tutup laporan. Selepas mereka tutup laporan. Hubungi semula 100, sambung bahagian billing. Berikan nombor laporan, mohon untuk rebat. Mereka akan maklumkan rebat akan diluluskan selepas 14 hari bekerja.

3. Pastikan korg call 100 selepas 14 hari bekerja, semak sama ada rebat sudah diluluskan atau tidak. Jika belum, buka aduan di http://aduan.skmm.gov.my/ buat laporan isu ini.

Tuntut Rebat Daripada TM Skiranya Berlakunya Masalah Internet

Ceritakan daripada A-to-Z. Insyallah akan selesai lebih cepat. Kalau tengok daripada SMS ini, problem aku selesai dalam sehari. Maybe aku ini kuat tiaw. Hehehe.

Gunakan hak anda sebagai pengguna, setakat memekak di Facebook line problem tak settle kan masalah. Bulan ini aku dapat rebat. Save RM 86.33 . Huhu.

Terima kasih Tuan Ron Asraff! Satu perkongsian yang baik untuk kita aplikasikan sekiranya berlaku perkara seumpama itu.

Berikut merupakan petikan temubual Tuan Ron Asraff bersama The Vocket tentang beberapa perkara berkaitan:

Vocket (V): Bolehkah saya tahu bagaimana Tuan mengetahui kaedah ini?

Tuan Ron Asraff (RA): Tau sendiri. Huhu. Tak ada sesiapa yang ajar pun.

Ini kali ke enam rasanya dapat, sebelum ini pernah dapat rebat dekat RM 300. Masa cable dasar laut ada masalah hari itu pun dapat juga.

V: Adakah rebat itu dapat berdasarkan sewa bulanan atau ikut tempoh berlakunya gangguan internet?

RA: Rebat dikira mengikut tarikh laporan dibuat. Contoh, kalau masalah berlaku pada 30 November dan laporan hanya dibuat pada 1 Disember. Jadi start dari 1 Disember lah TM akan kira rebat itu.

V: IC.. Bagus ni.. Saya pun guna TM.. boleh apply

RA: Yep, boleh dapat rebat kalau issue berpunca daripada TM. Pastikan report dibuat. Itu penting, tak ada report. Rebat tak dapat la. Huhu. Alright.

V: Alright, masalah itu termasuk line slow kan? Jika disebabkan oleh modem kita, adakah kita tak layak untuk mohon rebat?

RA: Slow pun boleh tapi kalau berpunca dari kita, memang tak dapat.

Oleh: Tuan Ron Asraff

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.