PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

"Sambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dianggap salah, sambut hari keputeraan sultan raja dan pembesar negara semua diam membisu." Itulah kata-kata sentap Sultan Melaka.

Sultan Melaka Ulas Isu Sambutan Hari Keputeraan Rasulullah SAW

Seperti yang dipetik daripada Facebook Sultan Melaka:

Sambut hari kuputeraan Nabi Muhammad SAW dianggap salah. Sambut hari keputeraan sultan raja dan pembesar negara semua diam membisu. Siap ada pancaragam siap ada pembarisan tidak siapa berani tegur bentangkan dalil. Yg dapat pingat kebesaran dr pembesar langsung tak tanya mana dalil sambut birthday sultan siap bg kurnia lg. yg potong kek langsung tak ada dalil. Rupanya sambut harijadi pembesar negara lg besar imunitinya dr mengingati detik kelahiran pemimpin agong pemimpin ummah akhirul zaman. Memperingati detik lahirkan seorang wira ummah dianggap berdosa besar. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW. Sungguh beruntung kita ini dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW.

“ Sesungguhnya Iblis berteriak sambil menangis pada empat kejadian : pertama ketika ia dilaknat oleh Allah, Kedua ketika ia diusir ke bumi, ketiga ketika turunnya Al Fatehah. Keempat ketika lahirnya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam.

– AlFadilUstazSheikhSultanMelakaIbniAlbetaDiAbiKacak

#‎SalamMaulidurRasul
#‎BetaIsBetter

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.