PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dua daripada empat beranak yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam membabitkan empat mangsa di bengkel kenderaan di Jalan Pahang berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini, terus direman bagi membantu kes pembunuhan mangsa keempat.

Suspek utama, lelaki berusia 57 tahun dan anak lelakinya berusia 20 tahun dibebaskan namun ditahan semula sebelum polis mendapatkan perintah menahan reman ke atas mereka selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Disember ini memetik Harian Metro.

Pekembangan kes pembunuhan kejam di Tapah: 2 bebas, 2 lagi dilanjutkan reman
SUSPEK utama dan anak lelakinya dibebas sementara sebelum ditangkap semula bagi menyambung tempoh reman. 

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak pagi tadi di Mahkamah Majistret Tapah, selepas polis memohon melanjutkan perintah reman untuk membantu siasatan kes mangsa keempat iaitu mekanik yang bekerja di bengkel milik suspek yang hilang pada Oktober 2012.

Bagaimanapun, isteri suspek utama berusia 54 tahun dan seorang lagi anak lelaki mereka berusia 17 tahun dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, dua anak perempuan suspek berusia 23 dan 11 tahun yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan kepada ibu mereka berusia 54 tahun yang baru dibebaskan.

Empat beranak berkenaan ditangkap pada 26 Oktober lalu, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan kejam sekurang-kurangnya empat mangsa yang berpunca daripada urusan kewangan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.