PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

VIDEO seorang pelajar lelaki diganggu dan dibuli oleh beberapa individu menjadi viral dalam media sosial terutama laman Facebook.

Video berdurasi selama seminit yang dikongsi di laman Facebook Wartawan Jalanan dipercayai dirakamkan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam.

Lapor The Rakyat Post, klip video itu menunjukkan mangsa, berpakaian kemeja putih dengan tangannya diletakkan di belakang badan, berulang kali ditampar dan ditumbuk pada tubuh dan muka mangsa oleh beberapa individu di tempat kejadian.

Pelajar IPTA disiksa dan dirantai macam binatang

Dapat dilihat di dalam video, mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya, diseret oleh salah seorang pembulinya.

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang dipercayai dirakamkan dalam insiden itu.

Pada masa sama, dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih merangkak menggunakan perut mereka, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai turut dibuli.

Insiden dipercayai melibatkan sebahagian daripada pelajar junior yang didera oleh pelajar senior.

Klip video itu mendapat kritikan pengguna internet yang terkejut dengan tingkah laku beramai-ramai itu.

Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya mengabaikan dan menjadi penonton.

“Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini.”

Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim said: “Saya tidak percaya kami boleh memperlakukan orang lain seperti itu. Menjijikkan!”

“Tengok pada bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Penderaan ini teruk, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa tindakan buli itu adalah sebahagian daripada tindakan biasa yang dibuat di universiti itu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang melarang sebarang tuduhan melulu dibuat, dengan alasan kejadian tersebut bukanlah buli, malah ianya satu latihan.

"Cuba bayang kan satu hari nanti diorang ni kena tawan dengan musuh. Kemudian musuh buat lagi teruk dari ni. Kalau diorang tak bersedia dari awal. Adakah diorang akan tahan bila kena tawan nanti?" kata Ikhwan.

"Ini semua pengalamanlah bro.." komen Daus pula.

"Kalau tak mahu kena buli, pergi daftar masuk Puteri Islam," kata Hafiz.

Tonton video rakaman pelajar universiti awam dibuli, dirantai macam binatang di bawah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.