PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, bagaimanapun hanya mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza memetik Harian Metro.

Rupa suspek bunuh dan rompak kerani sekolah agama
ANGGOTA polis membawa tertuduh ke Mahkamah Majistret Muar. 

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap,di sini, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Wajah suspek bunuh dan rompak kerani sekolah agama didedah

(Baca: Suspek bunuh kerani sekolah agama akan didakwa dalam masa terdekat)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.