PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang remaja berusia 18 tahun yang mengunjungi sebuah taman awam bersama bapanya menjadi mangsa rogol lima lelaki selepas bapanya dipaksa untuk meninggalkan tempat kejadian.

Menurut kenyataan Jabatan Polis New York (NYPD),  gadis perempuan itu berada di sebuah taman permainan Osborn di Brooklyn sekitar jam 9 malam bersama bapanya sebelum lima lelaki mendekati mereka.

Anak gadis dirogol lima lelaki depan mata

Salah seorang suspek mengugut ayah remaja itu dengan senjata serta memaksa dia untuk meninggalkan anaknya di taman tersebut.

Lima suspek  itu kemudian merogol remaja berkenaan. 

CNN melapor bahawa bapa remaja itu kembali dalam masa yang singkat bersama dua pegawai polis, bagaimanapun, lima suspek tersebut berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Seorang jurucakap NYPD, Arlene Muniz berkata, lima suspek itu dipercayai berusia antara remaja hingga ke 30-an.

Pada Sabtu lepas, pihak berkuasa mengeluarkan sebuah rakaman video yang diambil di sebuah kedai runcit sebelum kejadian itu berlaku.

Menerusi rakaman video tersebut, wajah lima suspek itu telah didedahkan kepada orang ramai dan pihak polis sedang meminta bantuan mereka dalam mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.