PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

BOLEH dikatakan, kes budak hilang atau diculik bukan lagi satu perkara yang mengejutkan untuk didengar pada hari ini.

Namun masih ada ibu bapa atau penjaga tidak ambil iktibar atas peristiwa yang telah berlaku – itulah antara bisikan hati sesiapa sahaja yang melihat gambar kanak-kanak lelaki masih berbaju sekolah yang giat dikongsikan di laman Facebook.

Kisah sebenar budak sekolah tidur di kaki lima sekolah didedahkan

Akibat letih terlalu lama menunggu untuk dibawa pulang selepas sesi persekolahan tamat, kanak-kanak ini dikatakan tertidur di kaki lima.

Abang pelajar tidur di kaki lima sekolah dedah cerita sebenar

Sedih melihat keadaan kanak-kanak itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Semut Gergasi memuatnaik gambar tersebut dengan kapsyen berunsur nasihat buat semua ibu bapa:

“Sayu tengok gambar nie.. walau sesibuk mana pun kita, biarlah kita dapat luangkan sedikit masa untuk anak-anak… biar la kita tunggu anak, jangan anak yang tunggu kita… semoga gambar nie dapat membuka mata mak dan ayah lain-lain.”

Gambar itu nyata menarik perhatian simpati hingga menjadi viral di laman Facebook.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu yang kami terima tentang gambar ini adalah pengakuan seseorang bernama Salman Al-Murtaza yang mendakwa budak dalam gambar tersebut adalah adik lelakinya dan cerita disebarkan tentangnya tidak benar.

Abang pelajar tidur di kaki lima sekolah dedah cerita sebenar

Jelasnya, ibunya hanya terlewat lima minit kerana mengalami masalah motosikal rosak dan selepas puas mencari adiknya di sekitar sekolah, dia ditemui sedang menangis dalam keadaan meniarap seperti dalam gambar, dan bukannya tertidur kerana penat menunggu sebagaimana disebarkan di media sosial.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.