PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Persembahan Agnes Monica di Konser Raya 21 Indosiar Isnin lalu mengundang kontroversi dalam kalangan netizen Indonesia apabila penyanyi itu tampil dengan skirt jarang berkalimah Arab.

Agnes antara beberapa bintang ternama Indonesia lain yang tampil dalam konsert yang meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen berkenaan.

Skirt jarang dan seksi Agnes Monica bertulis arab hina Islam?
Majlis Ulama Indonesia menegaskan kalimah tersebut hanya kalimah Arab biasa dan bukannya ayat Al-Quran, maka tiada penghinaan berlaku.

Penyanyi itu menyanyikan single antarabangsanya, Boy Magnet di pentas dengan memakai busana hitam yang jarang dengan perkataan Arab pada bahagian bawah skirt.

Para netizen mula tertanya-tanya tentang maksud perkataan berkenaan dan ada yang mula menegur tindakan berkenaan.

Penaja busana Agnes pada konsert tersebut, KTZ, memberi penjelasan bahawa perkataan tersebut merupakan 'muttahidah' iaitu perkataan Arab bagi bersatu dan tidak ada kaitan dengam mana-mana ayat Al-Quran.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) ketika dihubungi telah menjelaskan bahawa kalimah tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.

"Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju," ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz ketika dihubungi detikHOT.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.