PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu Kedah dikatakan akan diadakan hujung bulan ini di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Satu-satunya calon yang akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah bagi menggantikan Mukhriz akan dibuat dalam sehari dua kagi,” lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman UMNO.

Datuk Seri Ahmad Bashah bakal ganti Mukhriz Mahathir?

Ahmad Bashah merupakan calon Menteri Besar pada PRU13 sebelum diganti saat-saat akhir dengan Muhkriz.

Akhbar UMNO itu melaporkan, dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan UMNO Kedah di PWTC semalam, kesemua pemimpin parti yang hadir sepakat meminta Najib menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,’’ lapor akhbar itu.

Beberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir. Mereka ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.