PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Keindahan rumah tangga akan lebih bermakna jika isteri-isteri anda mampu berkawan baik dan rapat seperti adik beradik.

Bagi pelakon, Ashraf Muslim dia sangat bersyukur kerana hubungan kedua-dua isterinya semakin rapat lapor Rotikaya.

Ashraf Muslim lega kedua isteri rapat bagaikan adik-beradik

“Itu yang saya rasa sangat bersyukur. Mugkin apa yang berlaku sebelum ini semuanya dugaan. Tetapi inilah nikmat yang Allah bagi sekarang. Apa yang kita buat selama ini ialah isitqamah. Itu kena jaga”

“Saya jaga, isteri-isteri juga kena jaga. Jangan timbul lagi masalah yang tak penting. Ini kerana ia boleh merosakkan keharmonian dalam keluarga”

“Kalau saya keluar, kadang-kala Dayana dan Sakinah akan duduk bersama-sama. Boleh duduk dan makan sama-sama. Alhamdulullah, itu yang saya rasa seronok kerana mereka sudah faham, ” jelas Ashraf Muslim yang bijak membahagikan masa buat kedua isterinya ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.