PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ibu sokong cita-cita anak lelaki 8 tahun nak jadi pondan | GUSAR, bimbang dan takut – ini antara perasaan yang mungkin dialami ramai ibu bapa di luar sana sekiranya tahu anak kecil mereka bercita-cita mahu jadi seorang pondan.

Namun situasi nyata berbeza kepada seorang kanak-kanak lelaki bernama Ethan, 8, dari North Port, Florida, Amerika Syarikat yang memasang impian mempelajari teknik mekap seperti drag queen lapor Mynewshub.

Budak 8 tahun nak jadi pondan, ibu sokong cita-cita tersebut

Ibunya, Season Wilwert, 35, sangat menyokong sehingga sanggup menghantar anak lelakinya itu ke kelas mekap dan tatarias MAC di Florida yang dikendalikan seorang mekap artis, Joey Kilmeyer.

Wilwert berkata, “Sejak kecil dia akan bangun awal pagi untuk melihat saya menggunakan mekap dan selalu ingin tolong mengandam.”

Selain itu, Ethan pernah meminta ibunya menghantar ke kelas-kelas mekap supaya dia boleh menjadi hebat dan terkenal seperti pondan idolanya, Jeffree Starr, yang merupakan jurusolek profesional.

Ibu sokong cita-cita anak lelaki 8 tahun nak jadi pondan

Dalam pada itu Welwert berkata, dia tidak akan sesekali menyekat kemahuan anaknya malah bangga dengan anak lelakinya itu dan akan selalu menyokong apa sahaja cita-citanya.

Ibu sokong cita-cita anak lelaki 8 tahun nak jadi pondan

Semoga keterbukaan jenis ini tidak berlaku kepada ibu bapa di negara kita.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.