PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tiada apa yang patut dibanggakan dengan Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL30) kata seorang penonton yang hadir menyaksikan acara itu secara langsung.

Mereka yang mahu menunaikan solat dikatakan tidak dibenarkan masuk ke dalam surau yang hanya boleh digunakan untuk staff. Apa yang lagi menyedihkan apabila tindakan seorang polis yang mengatakan kepada seorang gadis agar tidak payah menunaikan solat.

Penonton AJL30 Kecewa Tidak Dibenarkan Solat di Surau

Kisah ini dikongsikan oleh Wan Mohd Allif‎ di Facebook miliknya.

#ajl30 #tv3 TIADA APA YG BOLEH DIBANGGAKAN! Sy, 2 org pemuda, seorang gadis & sepasang suami isteri veteran bertanyakan surau.. Ia x boleh digunakan kecuali utk staf kerana ia d laluan berhampiran pink carpet.

Kami disuruh turun dan solat diluar stadium yg agak jauh & pasti penuh. Kalau pulang sblum 8.30 malam & bawa keratan tiket yg telah dikoyak PASTI DIKATA KAMI MENCURI! Ada polis mmberitahu gadis itu "TAK PAYAH SOLAT LA"! Jahanam islam polis tu!

Maka kami memulakan langkah dengan solat di dalam stadium tetapi dipepenjuru tanpa berlapik apa2. Setelah itu ramai turut menyusul mengikut kami berjemaah. Saya bukan mahu bgtau satu dunia sy solat kerana ia memang wajib..

Persoalannya, KENAPA TAK DISEDIAKAN RUANG KHAS JIKA SURAU SEDIA ADA X BOLEH DIGUNAKAN??? Boleh kata 99% dalam stadium ni MELAYU ISLAM.. X SOLAT KE SMUA? Period ke lelaki pun? Dlu d stadium putra tiada masalah. Jika dah buat dtempat kecil, SEDIAKAN APA YG SEPATUTNYA!

Kami kecewa dgn pengurusan sekuriti yg x mmberi kami menggunakan surau.. Kawalan ketat diluar stadium rasanya sudah cukul selamat. I DON'T THINK ARTIST2 DAH MAKEUP BAGAI NK MASUK SURAU UTK SOLAT KAN???? Please peka.. Nk berhibur biar beramal juga. #quputeh #pamoga #kecewa #mohonviralkanagarlebihpeka

Diarah Solat di Luar Stadium, Penonton AJL30 Kecewa

(Baca: Aksi Faizal Tahir di AJL30 Buat Ramai Tersentuh)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.