PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Rumah tangga pelakon popular Fasha Sandha dan Jejai akhirnya terlerai  selepas Jejai melafazkan penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

Penceraian talak satu itu dilafazkan Jejai dan direkodkan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab dalam kamarnya kira-kira jam 3 petang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Hassan, 32, memfailkan tuntutan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 Isnin lalu lapor Sinar Harian.

Fasha Sandha dan Jejai sah cerai talak 1

Fasha  dan Jejai telah bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah berkahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, ibu Jejai sendiri menafikan dakwaan anaknya dan Fasha Sandha telahpun bercerai.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.