PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selepas ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan syarat agar Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu, sekiranya menaja Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  ‘profile’ dan ‘cover’ Facebook pelayar media sosial hari ini,  dibanjiri dengan profile stadium Kelantan itu berwarna merah jambu lapor Sinar Harian.

Stadium Sultan Muhammad IV warna ‘pink’ viral
Stadium Kelantan telah diwarnakan merah jambu dalam Facebook

Tinjuan Sinar Online di media sosial mendapati ramai pelayar media sosial ‘menyambut’ saranan itu dengan mengubah profile dan cover Facebook mereka dengan ‘warna merah jambu’.

‘Jambu la The Red Warrior (TRW)  pahni (selepas ini),” kata Haikal selepas memberi komen ke atas profile stadium merah jambu yang terpampang di cover Facebook penyokong Kelantan.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat  kepada Kafa sebelum bersedia menaja badan induk itu.

Menurut Dr Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, antara syarat yang dikenakan ialah Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu untuk menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan.

(Update: Stadium ‘pink’ Kelantan jadi kenyataan, KAFA setuju syarat Dr Vida)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.