PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dapat menurunkan harga barang sekiranya semua peniaga beretika.

Bagimanapun jelasnya, rakyat perlu memainkan peranan supaya melaporkan sebarang proses jual beli mencurigakan bagi membanteras peniaga tidak bertanggungjawab itu lapor Astro Awani.

Ahmad Maslan kata harga barang akan turun jika peniaga beretika

“Saya pernah menyebut GST boleh menurunkan harga barang dengan syarat peniaga hendaklah beretika itu syaratnya. Peniaga hendaklah mengikut apa yang telah digariskan iaitu buang yang dulu 10 peratus (SST) dan baru masuk GST 6 peratus, tapi kalau peniaga tidak buat begitu dan mereka tak beretika maka harga barang tidak boleh diturunkan.

Namun akhirnya apa yang akan berlaku sebagaimana yang berlaku di negara lain yang melaksanakan GST, pengguna akan mengurangkan kadar pembelian barangan yang mereka tidak perlukan, apabila pengguna melakukan perkara demikian maka peniaga akan mengalami kemerosotan jualan”, katanya di sini.

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan program rantaian kasih anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) di Masjid Jamek Kampung Baru, ibu negara hari ini.

Selain itu, Ahmad Maslan berharap penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu diperhebatkan bagi mengatasi masalah peniaga terbabit.

Turut hadir termasuk Pengerusi Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) Rushdi Abdul Majid dan Pengarah Urusan Pengkalan Munif Mansor.

Program julung kali yang diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi bantuan makanan dan minuman kepada 300 gelandangan di sekitar ibu kota.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.