PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita berang dilaporkan memukul dan membelasah seorang wanita lain yang dikatakan perempuan simpanan suaminya

Memetik laporan Metro.co.uk, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah petempatan di Brazil.

Kejadian tersebut turut dirakamkan oleh seseorang yang bertindak menyebarkan rakaman terbabit di media sosial.

Perempuan simpanan suami dibelasah dan dicampak dari jambatan

Dalam rakaman video berdurasi 25 saat itu, seorang wanita dilihat memukul kepala kekasih suaminya yang bertubuh lebih kecil.

Wanita itu kemudiannya mengheret kekasih suaminya itu ke sebuah jambatan sebelum mencampakkannya daripada jambatan.

Kekasih suaminya itu terjatuh ke dalam sungai cetek dan tidak mengalami kecederaan serius.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.