PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebelum ini ramai yang sudah boleh agak aktres Rita Rudaini sedang dilamun cinta apabila memuat naik foto serta kapsyen seakan hatinya sudah diisi dengan cinta di akaun Instagram miliknya.

Namun, Rita menafikan perkara tersebut dan memberitahu ia sebenarnya gimik bagi produk minyak wangi jenama beliau sendiri lapor Beautifulnara.

Rita Rudaini temui cinta baru dedah Izreen Azminda

Tup-tup hari ini rakan karibnya, Izreen Azminda mendedahkan Rita sememangnya sudah bertemu pengganti tetapi beliau enggan memberitahunya secara lanjut kerana menganggap lebih manis untuk tuan empunya badan sendiri yang mengumumkan perkara berkenaan.

Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?

Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya.

Izreen Azminda pecahkan rahsia Rita Rudaini sudah temui cinta baru

Buat Izreen sendiri yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun, beliau sehingga kini masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.

Buat masa ini belum ada teman lelaki mahupun calon suami untuk berkahwin semula.  Masih belum ada lelaki yang benar-benar dapat memikat hati saya.

Izreen mencari seorang lelaki yang betul-betul boleh menerima diri beliau seadanya dan boleh menyayangi anak lelakinya Adrian Umar seperti anak mereka sendri.

Izreen Azminda pecahkan rahsia Rita Rudaini sudah temui cinta baru

Saya hanya akan terima lelaki itu andai dia boleh terima dan menyayangi anak lelaki saya. Dia kena ikhlas dan jujur sayang anak saya, bukannya buat-buat hanya untuk mendapatkan saya.

Wah, nampaknya memah sah la Rita Rudaini dah bertemu dengan cinta baharu. Siapalah agaknya jejaka yang berjaya memikat hati Rita yang dahulunya seakan serik untuk mempunyai teman lelaki? Hehe..mungkin sudah tiba masa untuk Rita kali ini betul-betul bahagia dan anak-anaknya juga perlukan kasih sayang serta perhatian seorang bapa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.