PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR: Penulis fitnah isu Puteri UMNO yang menjadi pemuas nafsu pemimpin untuk mendapatkan penajaan atau jawatan di dalam parti dinasihat menyemak fakta dan tidak membuat artikel secara membabi buta hanya untuk mencari publisiti murahan.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beberapa nama exco yang dinamakan juga merupakan barisan kepimpinan lama yang bukan kali pertama direka demi mengaburkan mata masyarakat.

Isu Puteri UMNO Dijadikan Pemuas Nafsu Pemimpin, Ini Penjelasan Puteri UMNO

"Saya tidak gembira dengan isu ini, ia bukan kali pertama malah isu lama yang dimainkan. Nama-nama bekas Ketua Puteri sebelum ini turut terpalit.

"Ini cubaan yang berniat jahat dan dimulakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya sarankan mereka memulakan 2016 dengan hati yang bersih, penulisan bertanggungjawab dan penuh integriti. Kalau hendak menulis sila semak fakta terlebih dahulu," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Jawapan Puteri UMNO Isu Puteri UMNO Jadi Habuan Seks Pemimpin
MAS ERMIEYATI: Habuan seks Puteri UMNO: 'Semak fakta sebelum buat fitnah'

Baru-baru ini, laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu Puteri UMNO yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.

"Mana-mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis-gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO ke dalam Parti," kata bekas Exco Puteri UMNO, Datin Seri Ismalina Ismail ketika dipetik portal berkenaan.

Bagaimanapun, Ismalina menafikan sekeras-kerasnya catatan portal berkenaan.

Ismalina turut memberitahu, ia merupakan fitnah lama pihak tertentu yang dikitar semula.

Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, Ismalina juga bukan lagi Puteri UMNO seperti yang difitnah penulis portal berkenaan.

"Kasihan namanya turut terpalit dan melibatkan Puteri UMNO," jelasnya.

Jawapan Puteri UMNO Isu Puteri UMNO Jadi Habuan Seks Pemimpin

Bekas Exco Puteri UMNO, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, fitnah yang timbul semasa pilihan raya kecil dahulu dilihat sengaja dipanaskan semula dengan agenda untuk memburukkan parti.

"Apa yang telah disebarkan adalah berita kitar semula. Asasnya saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau komen berhubung isu berkenaan.

"Jadi saya pun tidak tahu dari mana datangnya dan timbulnya isu ini. Saya tidak pernah membuat kenyataan sebegitu. Sebenarnya fitnah ini telah direka semasa pilihan raya kecil beberapa tahun yang lalu.

"Saya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang menyebarkan semula posting ini bagi memecah belahkan silaturrahim antara sesama ahli UMNO," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.

Baru-baru ini, laman media sosial serta beberapa portal memainkan semula isu Puteri UMNO yang dijadikan pemuas nafsu pemimpin.

"Mana-mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis-gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO ke dalam Parti," katanya ketika dipetik portal berkenaan.

Bagaimanapun, Ismalina menafikan sekeras-kerasnya catatan portal berkenaan.

Dalam pada itu tegasnya, fitnah itu hanya menambahkan pahalanya selain menafikan untuk membuat laporan polis mengenai isu berkenaan.

"Saya hendak biarkan sahaja. Ada sahabat yang memandang serius isu itu tetapi saya tidak mahu memanjangkannya.

"Bagaimanapun jika is melibatkan imej UMNO secara total mingkin kita akan bincang semula dan minta pendapat untuk membuat laporan polis," katanya.

Jelasnya, untuk waktu ini, isu itu tidak menjejaskan namanya selain meminta masyarakat tidak percaya terhadap fitnah berkenaan lapor Astro Awani.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.