PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bagi peminat bola sepak tanah air, anda patut menyaksikan filem Ola Bola kerana anda bakal dibawa ke zaman kegemilangan industri bolasepak Malaysia yang dahulunya sangat membanggakan.

Kami pasti, anda juga bakal mendapat 'semangat baru' walaupun hanya duduk di kerusi penyokong.
13 Perkara Menarik Mengenai Ola Bola

Menerusi Facebook Encik Pojie‎, kami kongsikan kepada anda 13 perkara sangat menarik mengenai filem Ola Bola.

OLA BOLA:

1. Aku jarang tengok filem tempatan dan lagi jarang aku buat review selepas kena paksa tonton oleh wife aku. Kali ini aku sendiri pergi tgk wayang sebab tertarik dengan iklan dia.

2. Kisah Ola Bola diinsipirasikan berdasarkan pengalaman Datuk Soh Chin Aun dan skuad Malaysia ketika kelayakan sukan Olimpik Moscow 1980.

3. Pengarah berjaya membawa senario dan keadaan 80an dengan berjaya dari segi pakaian, landskap, suasana meriah dan boleh rasa kita kembali ke zaman 80an.

4. Jalan cerita yang sangat beremosi dimana suka duka pahit getir pemain bola sepak negara dahulu yang bermain bermati-matian untuk negara. Its all about the pride. Ending yang sangat perit dimana sukan yang bertujuan untuk menyatukan manusia menjadi mangsa akibat politik dan perang.

5. Filem ini boleh dikatakan tentang bola sepak dari perspective kaum cina tetapi mmg penglibatan semua bangsa ditunjukkan. Terasa sangat iri hati melihat perpaduan orang zaman dahulu. Timbul persoalan di benak sanubari aku kenapa terjadi perpecahan seperti sekarang. Mungkin kesusahan zaman dahulu menyatukan semua orang.

6. Watak setiap pemain bola sepak berjaya dibawa dengan berjaya. Walaupun ada satu dua babak yg agak kaku tp aku rasa ianya sangat jujur. Cuma bg aku kalau player sabah tu ada slang sabah mesti lg best. Lg satu amoi awek Tauke mmg lawa giler...

7. Filem menunjukkan aksi sukan bg aku susah nak buat. Tak banyak filem yang boleh buat macam benar-benar ada perlawanan sebenar dan bukannya orang berlari ke hulu-hilir. Filem ini boleh berbangga dengan babak-babak perlawanan yang menarik utk kaki bangku mcm aku.

8. Babak yang paling meremangkan bulu roma aku masa player naik nuri (design 80an) nyanyi lagu "inilah barisan kira" sambil keluar view hutan di Malaysia yang tersangat cantik. Masih lagi ada hutan yang cantik di Malaysia. Terasa mcm nak menangis masa tu.

9. Jersy Malaysia dan jaket Malaysia yang sangat klasik. Aku harap tolonglah Nike keluarkan balik.

10. Sejujurnya bg aku movie kita hanyalah sampah. Cerita yang selalu ada tentang gengster, mat motor, koporat keparat, kisah hantu dan kisah cinta bodoh semata-mata. Percayalah Ola bola mmg lain daripada lain. Sepanjang menonton tadi, Ola bola ini tak sekali pun mempermainkan intellectual aku. Ola bola hormat penonton.

11. Ianya sebuah movie malaysia mengenang kenangan lalu dimana satu Malaysia berasa sayang dan bangga dengan bola sepak kita. Dimana setiap lapisan masyarakat walaupun hidup dalam kesempitan dan kesusahan bersatu di belakang pasukan bola sepak kita dan pasukan bola sepak kita bermain bermati-matian utk negara semata-mata kerana tidak mengkhianati rakyat Malaysia.

12. Aku nak sangat semua orang pergi la tengok cerita ini kalau boleh dengan pakai jersy Malaysia terutama untuk generasi muda. Semoga akan dapat merasakan perasaan cinta dan sayang negara.

13. Aku keluar dari panggung wayang dengan perasaan bangga dan tersenyum. Pelik tapi itulah perasaan aku. Aku bagi 5/5 bintang. Tahniah. Akhirnya kita ada filem yang benar-benar menceritakan tentang kita setelah sekian lama. Tahniah kepada pengarah.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.