PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tirana Product Sdn Bhd meminta selebriti, Mohamed Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Azwan Ali supaya menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar yang dikeluarkan terhadap iklan kicap Tirana.

Tirana Product yang diwakili Peguam Adnan Seman @ Abdullah berkata, surat tuntutan sudah diberikan kepada selebriti itu pada 13 Januari lalu lapor Harian Metro.

Pelekeh Iklan Kicap Tirana, Azwan Ali Diminta Mohon Maaf

“Dalam tempoh 14 hari notis tuntutan itu, kita meminta Azwan Ali membuat permohonan maaf secara bertulis dan akujanji tidak akan membuat atau mengeluarkan kenyataan ke atas iklan Kicap Tirana.

“Azwan juga diminta memadam kenyataan dan video parodi di Instagram miliknya,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tirana Product Dr Murad Hilmi Mohamed dan Ketua Pegawai Operasi Tirana Product Mohd Irwan Mohamed.

Sementara itu Dr Murad berkata, beliau kesal dengan sikap selebriti itu yang mencemarkan imej produk keluaran mereka dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan di Instagram miliknya.

Kicap Tirana tuntut Azwan Ali minta maaf
Dr Murad (kiri) bersama Mohd Irwan ketika sidang media hari ini. 
(Baca: Azwan Ali sedia dua peguam hadapi tindakan Kicap Tirana)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.