PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menarik balik dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei buat sementara waktu berkuatkuasa pada Jumaat.

Perkara itu diputuskan Hasmiza atau Vida dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sebuah hotel dekat sini Jumaat. “Kita akan hentikan keluaran dua produk ini berkuatkuasa serta merta buat sementara waktu lapor Mstar.

Respon Datuk Seri Vida Apabila Dua Produk Qu Puteh Whitening Diharamkan

“Ini bagi membolehkan kita melakukan penelitian terperinci terhadap dua produk tersebut,” katanya. Justeru beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperti Pamoga, Qu Puteh Advance Set dan Millenia masih selamat untuk digunakan. “Walaupun dua produk tersebut dihentikan buat sementara waktu, saya yakin produk lain masih selamat untuk digunakan. “Oleh itu, pengguna jangan ragu dan panik terhadap isu tersebut. Apa yang penting kami mementingkan kesihatan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu sudah diuji pihak kementerian dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini, selain menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan produk berkenaan.

“Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan sudah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan. “Pengguna pulih daripada kesan yang dialami apabila berhenti menggunakan produk berkenaan. BPFK telah membuat persampelan dan menguji produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block.

“Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. Malah, kerajaan Brunei Darussalam dilaporkan telah mengharamkan penjualan beberapa produk kosmetik dan kesihatan termasuk dua produk jenama Qu Puteh susulan didakwa mengandungi bahan berbahaya. Menurut laporan portal The Brunei Times, ujian dijalankan Jabatan Perkhidmatan Farmasi itu mendapati krim pemutih Qu Puteh Whitening Pro 9, Qu Puteh Whitening UV Block mengandungi kandungan raksa atau lebih dikenali sebagai merkuri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.