PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

ALOR SETAR – Guru Agama, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, akhirnya menarik nafas lega selepas menerima laporan DNA yang mengesahkan bayi perempuan yang dalam peliharaannya sebagai anaknya, lapor Harian Metro.

“Alhamdulillah segala-galanya telah selesai. Saya terima laporan DNA jam 12 tengah hari semalam di Pusat Perubatan Mahsuri di (PPM) Bandar Darulaman sebelum isteri dan bayi kami yang berusia 5 hari dibenarkan keluar dari wad, semalam. 

Keputusan DNA bayi tertukar di hospital

“Tak sangka semua ini diselesaikan dengan cepat dan laporan DNA diketahui hari ini (semalam),” katanya. 

Terdahulu, Nik Ahmad Sabri dan isterinya Mahani dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa bayi mereka tertukar berikutan terdapat sebuah pasangan yang lain memaklumkan perkara itu pada pihak hospital.

Pasangan itu siap memberikan bukti yang mengesahkan bayi mereka tertukar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.