PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Belgium, Kisah sedih tentang pembedahan kelamin ini. Seorang transeksual bernama Nathan Verhelst memilih mengakhiri hidupnya kerana merasa pembedahan kelaminnya gagal membuatnya menjadi lelaki.

Nathan Verhelst dilahir sebagai wanita dengan nama Nancy. Beliau sering merasa berbeza dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi lelaki. Semenjak tahun 2009, dia memutuskan untuk menjalani terapi hormon yang akan mengubahnya menjadi lelaki.

Hajat Tidak Kesampaian, Lelaki Ini Memutuskan Untuk Mengambil Suntikan Maut

Namun pembedahan itu tidak berhasil. Dia mengalami sakit yang luar biasa pada bahagian dada dan alat kelaminnya tidak terbentuk secara sempurna. Dia merasa menjadi raksasa kerana pekara ini.

Nathan yang putus asa akhirnya memilih untuk menamatkan hidupnya dengan melakukan suntikan euthanasia. Proses bunuh diri dengan suntikan mati ini memang menjadi undang-undang yang legal di Belgium.

Lelaki Tamatkan Riwayat Sendiri Dengan Cara Suntikan Maut

Seorang doktor dipilih oleh Nathan kerana memang pernah melakukan pekara yang sama terhadap seorang kembar yang menderita kanser. Doktor tersebut mengabulkan permintaan Nathan.

Nathan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan doktor dengan pilihan suntikan mati tersebut.
Suntikan mati ini memang menjadi pekara yang masih kontroversi di Belgium.

Beberapa orang menyetujui hal ini, namun banyak juga yang menentangnya kerana seperti membenarkan bunuh diri. Terlepas dari itu semua, setiap perbuatan memang mempunyai kesan sendiri yang harus kita pertanggung jawabkan. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.