PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang penumpang tidak sedar aksi beliau menonton filem Bollywood terbaru, Dilwale versi cetak rompak diperhatikan oleh salah seorang pelakon filem berkenaan, Kriti Sanon yang secara kebetulan duduk berdekatan dengannya dalam pesawat itu.

Portal Mirror melaporkan bahawa bintang berusia 25 tahun itu menyedari salah seorang penumpang di dalam pesawat yang dinaikinya menggunakan projektor peribadi untuk menonton filem berkenaan. 

Kantoikan Peminat Tonton Dilwale Cetak Rompak, Ini Luahan Pelakon Dilwale

Tindakan penumpang yang menjengkelkan itu membuatkan Kriti membuat beberapa kenyataan di Twitter bagi meluahkan rasa tidak puas hati lapor mStar.

Luahan Pelakon Dilwale Terlihat Penumpang Pesawat Tonton Dilwale Cetak Rompak
Kriti Sanon membintangi filem Dilwale bersama-sama dengan Shah Rukh Khan, Kajol dan Varul Dhawan.
“Seseorang menonton Dilwale versi cetak rompak di hadapan saya, menggunakan telefonnya di dalam pesawat. Menjengkelkan!” katanya di twitter dengan menggunakan hashtag #katakan tidak kepada cetak rompak.”

Kriti yang berasal dari New Delhi kemudiannya menulis lagi di Twitter: “Sedih melihat kerja keras oleh ramai orang ditonton dalam kualiti yang menyedihkan! Tontonlah filem-filem di pawagam.”

Menurut kenyataannya di Twitter, beliau telah menegur lelaki berkenaan mengenai perbuatannya itu tetapi tidak dipedulikan.

“Beritahu dia dengan cara baik bahawa dia akan lebih terhibur menonton filem berkenaan di pawagam tetapi dia terlalu sibuk menunjuk projektornya!”, katanya. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.