PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEKALI pandang, Damien Little merupakan jejaka Australia biasa. Menetap di Adelaide, Little hidup aman bersama isteri dan dua orang anak lelaki yang comel.

Beliau juga masyhur dalam kalangan masyarakat setempat sebagai jurulatih pasukan bola sepak Lincoln South.

Sebab itulah apabila Little mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan memandu kereta melepasi dermaga di Port Lincoln, ahli keluarga dan rakan-rakannya sukar menerima hakikat lapor Astro Awani.

Jurulatih bola sepak sanggup bawa dua anak bunuh diri di pelabuhan

Lebih menyedihkan, Little turut membawa dua orang anaknya – Koda yang berusia empat tahun dan Hunter yang berusia setahun – di dalam kereta tersebut.

Jasad mereka bertiga ditemui bersama-sama dengan kereta tersebut yang tenggelam sedalam 30 meter di Teluk Boston, enam jam selepas dia menjunamkan kereta dari dermaga ke dalam air, lapor The Guardian.

Isteri beliau, Melissa kini berada dalam jagaan ahli keluarga.

Menurut Datuk Bandar Port Lincoln, Bruce Green, masyarakat setempat masih lagi cuba untuk menerima berita tersebut.

“Pada mulanya mereka tidak percaya kemudian perasaan itu bertukar kepada sedih,” ujar Green. 

“Ada banyak perkara sensitif yang perlu dijaga di sini, terutamanya keluarga dan rakan-rakan mangsa. Kami semua bersedih dengan kejadian ini,” katanya.

Menurut pesuruhjaya hak mangsa Australia Selatan, Michael O’Connell, kes bunuh-bunuh diri ini sememangnya mengejutkan namun pada masa yang sama beliau mengingatkan agar tidak ada sesiapa yang menimbulkan spekulasi.

“Kita tidak tahu apa yang menyebabkan Damien bertindak sedemikian dan spekulasi tidak akan membantu keluarga Little dan masyarakat Port Lincoln,” tegas O’Connell.

Masyarakat setempat telah menjadikan pelabuhan tersebut sebagai tempat memperingati kehilangan keluarga berkenaan dengan meninggalkan barangan seperti jambangan bunga, patung beruang, dan kad ucapan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.