PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Salton Sea Beach adalah nama sebuah tasik di California, Amerika. Tasik ini terbentuk secara tidak sengaja, ketika sebuah saluran pengairan dari Sungai Colorado pecah akibat hujan lebat. 

Terbentuk pada tahun 1905, air sungai menerobos tepian saluran dan menumpahkan jutaan gelen air ke sebuah tasik kering di padang pasir California. 

Kisah Disebalik Tasik Ajaib di Tengah Padang Pasir

Salton Sea Beach sangat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tasik ini dianggap sebagai suatu keajaiban di padang pasir. Lebih daripada setengah juta pelancong berbondong-bondong ke tasik ini setiap tahun.

Malangnya, itu hanyalah kejayaan masa lalu. Salton Sea Beach telah dikotori oleh baja dan racun perosak, yang berasal dari tanah tanah pertanian di sekitarnya. Pada 1970-an, tasik ini menjadi benar-benar tidak layak untuk didiami oleh makhluk hidup.

Misteri Tasik Ajaib di Tengah Padang Pasir

Garis tasik ini bahkan telah dikotori dengan berjuta-juta ikan mati yang berbau busuk. 

Pasir tasik ini terbentuk dari bangkai jutaan ikan yang mati di sana. Bukan itu saja. Aroma busuk bangkai ikan juga merebak di sekeliling tasik ini. 

Menurut laporan BBC, bahagian yang paling teruk dari tasik ini bukan terletak dalam air atau pasirnya, tetapi sesuatu yang berada di bahagian bawahnya. Pengeringan yang berlaku dalam tasik dapat melepaskan awan debu beracun di seluruh California Selatan. 

Misteri Tasik Ajaib di Tengah Padang Pasir

Misteri Tasik Ajaib di Tengah Padang Pasir

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.