PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

"Maaflah tak pakai tudung. Tudung wajib pakai kat sekolah je." Kata-kata Kiki Farel itu mengundang kontroversi apabila dia dengan bangga memuatnaik dan berkongsi gambar mereka sedang bercuti dengan pasangan hati masing-masing di Langkawi.

Kontroversi Pasangan Kekasih Melayu Islam Cuti Bersama Buah Hati Masing-Masing

Gambar yang dikongsikan Kiki Farel ini tersebar meluas dan dikecam orang ramai. Gambar ini datang dengan kapsyen,

"Alhamdulillah, done bercuti bersama pasangan cinta hati masing-masing. Doakan 'relay' kami kekal 'Till Jannah'! Pulau Langkawi menjadi saksi kesawitan cinta qudus kami. Maaflah tak pakai tudung. Tudung wajib pakai kat sekolah je."

Namun, tahukah anda bahawa pemilik akaun Facebook, Kiki Farel itu adalah palsu?

Kisah sebenar Pasangan Kekasih Melayu Islam Cuti Bersama Buah Hati Masing-Masing

Terbaharu, pemilik gambar berkenaan tampil meminta mereka yang menyebarkan gambar mereka di laman Page Facebook untuk menurunkan gambar itu kerana ianya adalah fitnah di mana, individu yang menyebarkan itu sebenarnya menggunakan akaun palsu untuk memfitnah mereka.

Pasangan Melayu Cuti Bersama Cinta Hati Masing-Masing Dikecam

Jadi, terjawablah sudah kisah sebenar gambar ini. Anda diminta untuk tidak mempercayai info palsu mengenai gambar mereka ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.