PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penduduk di sini sengsara akibat debu merah dan pencemaran bauksit tetapi peneroka-peneroka Felda pula mendapat durian runtuh.

Peneroka warga emas menjadi jutawan segera hasil aktiviti perlombongan bauksit di sini selepas membenarkan pengusaha mengorek tanahnya menjadi tapak perlombongan mineral itu.

Peneroka Bukit Goh, Mohamed Ibrahim, 71, berkata pendapatannya mencecah RM1.2 juta tahun lalu hasil kerja mengorek bauksit di kawasan ladang kelapa sawitnya seluas empat hektar.

Benarkan tanah jadi lombong bauksit, warga emas jadi jutawan

Secara purata, lapor Harian Metro, dia memperoleh bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 sebulan sejak Mei 2015, bergantung kepada hasil pengeluaran bauksit.

Hasil keuntungan itu digunakan untuk mengubah suai rumah kepada enam bilik tidur dengan enam bilik air, menelan belanja RM200,000 untuk anak-anak dan cucu-cucunya berkumpul.

“Saya juga gunakan wang itu untuk membeli Toyota Camry dengan harga kira-kira RM100,000 secara tunai.

“Oleh sebab teringin pandu Mercedes Benz, saya beli Mercedes terpakai pada harga RM15,000, juga secara tunai,” Mohamed dipetik berkata.

“Itu untuk ‘lepaskan’ angan-angan saya saja. Selepas ini saya mahu membeli Toyota Hilux kerana ia lebih sesuai digunakan di jalan dalam ladang sawit.”

Beliau mendapat bayaran RM20,000 selepas menandatangani tawaran kontrak pada April tahun lalu dan kemudian wang pendahuluan RM200,000 sebelum kerja mengorek tanah di ladangnya.

Mengikut kontrak, beliau dibayar RM10 bagi setiap tan bauksit dan lazimnya antara 20,000 hingga 40,000 tan metrik tanah dikeluarkan dari ladangnya setiap bulan.

Mohamed berkata syarikat sama juga membayar RM40,000 kepadanya sebagai kos menanam semula sawit selepas pihak berkenaan selesai lombong bauksit di tanahnya.

Putraja mengarahkan kegiatan ini dihentikan selama tiga bulan mulai 15 Januari susulan pencemaran serius udara dan punca air di kawasan-kawasan sekitar perlombongan ini.

Namun peneroka dan pemandu lori bauksit, yang bergantung pada perlombongan, membantah langkah tersebut.

(Baca: Pertahan ladang sawit dari jadi lombong Bauksit, Peneroka tolak tawaran RM1 juta)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.