PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi Fynn Jamal, 35, menafikan dia meniru resipi produk sambal segera daripada peniaga lain seperti didakwa pihak tertentu.

Menjelaskan isu itu yang kini viral di Internet, Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin turut menafikan pernah menerima sampel sambal daripada mana-mana pihak lapor Harian Metro.

Dituduh ciplak resipi peniaga lain, ini penjelasan Fynn Jamal
Fynn nafi tiru resepi produk sambal segera yang diusahakannya.

“Saya juga tidak pernah menerima panggilan mahupun mesej daripada individu terbabit mengenai produk sambal yang saya jual,” katanya ketika ditemui petang tadi.

Isu itu bermula apabila seorang individu yang mengusahakan produk sambal segera sejak awal tahun lalu mendakwa memberikan sampel sambal berkenaan kepada Fynn serta meminta maklum balasnya mengenai produk itu.

Bagaimanapun, Fynn yang mengambil sampel itu dikatakan terus senyap sebelum dia tampil dengan produk sambalnya sendiri tidak lama kemudian.

Fynn turut didakwa menamakan produknya dengan nama yang sama dengan produk individu terbabit.

Individu terbabit kemudian memuat naik dakwaan itu di Internet sebelum ia menjadi ‘viral’.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.