PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Semalam kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya melibatkan seorang pelajar perempuan di mana dia telah kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas digilis oleh sebuah lori tanah dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak selepas pelajar tersebut dikatakan jatuh atas jalanraya kerana dihimpit sebuah kereta jenis Produa Kancil.

Kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan pelajar berkenaan dan mereka mahu pihak yang terlibat dihukum dengan setimpalnya.

Pertanyaan sayu digilis lori kepada ibu
“Mak, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?,” Tanya Nuraisyah Kepada Ibu

Selepas kemalangan, kereta jenis Produa Kancil berkenaan telah melarikan diri manakala pemandu lori tanah tersebut dikatakan telah membuat laporan polis Sabak Bernam.

Kami cuba menghubungi bapa tiri mangsa Roslan Bin Sardi, 40, di mana dimaklumkan bahawa Nuraisyah adalah anak tirinya yang telah dibela sejak kecil lagi.

Menurut Roslan, pagi ini anak tirinya itu bertanyakan kepada isterinya satu soalan yang agak susah untuk dijawab.

“Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?,” soalan yang membuatkan isterinya, Maimunah Binti Md Razalli tidak dapat berkata apa.

“Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya sejak kecil lagi, dah macam anak sendiri”

“Saya sungguh kagum dan pada sama malu dengan Nuraisyah , dia memang kuat kerana ketika kejadian dimana dia tidak menangis sedikit pun walaupun kehilangan kaki dan cedera teruk, sebaliknya senyap dan termenung, kalau saya di tempat dia sudah pasti saya meraung,” ceritanya ketika dihubungi oleh Siakapkeli.

Ketika ditanya apa yang sebenarnya terjadi dan salah siapa, beliau memberitahu bahawa kejadian ini adalah takdir.

“Nak salahkan driver pun benda dah jadi, apa yang terjadi adalah ketentuanNya untuk kejadian ini terjadi, kalau diikutkan memang dihimpit oleh pemandu kereta Kancil membuatkan anak saya jatuh dan lori datang dari depan tidak sempat mengelak dan melanggar anak saya.”

“Pihak polis semalam telah menghubungi saya dan mengesahkan pemandu lori dan membuat laporan di Balai Sabak Bernam dan pemandu kereta Kancil tersebut sudah menyerah diri di mana pemandunya adalah seorang wanita, dia melarikan diri(meneruskan perjalanan) kerana dikatakan terkejut dan terkedu,” cerita Roslan lagi.

(Baca: Berita Kaki pelajar putus digilis lori)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.