PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEMUA pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina anak merupakan antara saat yang dinanti-nantikan apabila isteri disahkan hamil.

Walaupun dalam zaman serba moden ini, ada bermacam-macam cara untuk mengetahuinya seperti melakukan ujian 3D/4D, namun, masyarakat kita masih lagi gemar mengikuti petua-petua lama untuk mengesan jantina bayi.

Antara yang paling popular adalah percaya bahawa perut kelihatan boyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’ adalah sedang mengandungkan anak lelaki manakala, perut kelihatan bulat sedang mengandungkan anak perempuan memetik Mynewshub.

Nak Tahu Jantina Anak Dalam Kandungan? Ikuti Petua Baru dan Mudah Ini.

Selain itu, ada juga yang menggunakan petua di mana mengikat cincin perkahwinan pada benang lalu gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna wanita itu sedang hamil anak lelaki.

Bagaimanapun, petua-petua ini boleh dianggap sudah ‘basi’ dan banyak dikongsikan di mana-mana blog.

Oleh itu, kami ingin perkenalkan satu petua baharu dari seorang netizen menerusi laman Facebook ‘Info Ibu Hamil’ yang kami rasakan amat mudah untuk diamalkan.

“Petua ni saya dapat masa kursus kerja, ada seorang pensyarah yang bagi. Masa tu umur baru 21 tahun tapi saya ingat sampai saya hamil anak sendiri masa umur 24 tahun sebab selalu tolong kirakan untuk kawan-kawan dan semua kiraan betul.

“CARANYA: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasil genap anak perempuan dan jika hasil ganjil anak lelaki.

“Contoh saya last period Disember 2014 masa tu umur dah cukup 24 tahun (birthday Ogos). Jadi 12+24=36 (genap). Masa detail scan saya tak terkejut pun doktor bagitahu yang saya hamil baby girl,” tulisnya.

Semoga petua ini memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu. Namun, harus diingat bahawa tuhan yang menentukan segala-segalanya.

Apa yang penting, bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat walafiat. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.