PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

BERTEMU dan bertentang mata dengan Lionel Messi mungkin antara impian setiap pemain dan peminat bola sepak.

Namun apa yang terjadi di China ini agak janggal apabila sekumpulan pemain bola sepak remaja di negara tersebut seolah-olah tidak hairan dengan Messi.

Menurut laporan CCTV News, Messi berkunjung ke China baru-baru ini atas jemputan stesen televisyen Zhejiang, yang menerbitkan satu program pencarian bakat-bakat baru dalam bola sepak lapor Astro Awani.

Remaja China biadab tak sambut salam Lionel Messi

Messi dijemput untuk bersemuka dan beramah mesra dengan remaja-remaja yang terpilih, selain secara eksklusif memberikan tunjuk ajarnya.

Sayangnya, kehadiran bintang Barcelona itu seolah-olah tidak dipedulikan. Portal media China melaporkan, ketika di dalam bilik persalinan, ada di kalangan remaja berkenaan bukan sahaja tidak bangun untuk menghormati kehadiran Messi malah tidak menyambut huluran salam dari pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu.

Tingkah laku berkenaan dikecam apabila ramai yang berpendapat remaja-remaja berkenaan bersikap biadab.

Namun, ada juga yang beranggapan remaja-remaja itu sebenarnya terlalu terkejut dengan kedatangan Messi dan apa yang berlaku hanyalah akibat daripada perasaan gementar.

Remaja China bersikap kurang ajar, tak sambut salam Lionel Messi

Remaja China bersikap kurang ajar, tak sambut salam Lionel Messi

Remaja China bersikap kurang ajar, tak sambut salam Lionel Messi

Remaja China bersikap kurang ajar, tak sambut salam Lionel Messi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.