PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penjaga parkir haram samseng. Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan beberapa kumpulan penjaga parkir di sekitar pusat bandar raya yang bertindak ganas serta menghamburkan kata-kata kesat terhadap pemilik kenderaan jika mempersoalkan bayaran diminta.

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan kawasan itu sebagai parkir awam, kumpulan itu tidak pernah mengendahkan papan tanda dipasang, sebaliknya akan membantu pemilik kenderaan mencari ruang kosong termasuk menyusun kenderaan jika kawasan itu hampir penuh lapor Harian Metro.

Samseng parkir haram tunjuk belang terima padah

Bayaran dikenakan antara RM5 dan RM20 dan kawasan tumpuan mereka ialah pusat hiburan yang kebanyakannya dipenuhi pengunjung iaitu di Jalan Alor, Jalan Doraisamy, Changkat Tong Shin, Bukit Bintang, Jalan Kelang Lama, Jalan Sultan dan Jalan Panggung, Sri Hartamas serta beberapa kawasan tumpuan lain.

Tindakan itu tidak saja membebankan pemilik kenderaan yang perlu membayar wang kerana bimbang kereta dirosakkan, malah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan halangan kepada pengguna jalan raya lain.

Hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa, enam pegawai dan 50 anggota dari Cawangan Trafik Kuala Lumpur melakukan Ops Penjaga Parkir Haram di kawasan tumpuan itu bermula jam 6 petang kelmarin dan berakhir pada 6 pagi semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.