PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan ‘RM2.6 bilion‘ yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai lapor Astro Awani.

Najib pulangkan balik sebahagian derma RM2.6 bilion
Najib telah kembalikan sebahagian besar dana 'RM2.6 bilion' - Peguam Negara

“Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah ‘RM2.6 bilion’ yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh SPRM kepada saya.

“Ia menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan,” katanya pada sidang khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya pihak SPRM di dalam siasatan itu telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Najib secara peribadi.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya.

Sebahagian derma RM2.6 bilion dipulangkan semula oleh Najib kepada penderma
MOHAMED APANDI: Saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

Sehubungan itu, beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.