PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Masih ingat lagi dengan seniman lagenda Mat Sentul? Sebelum ini kisahnya pernah menjadi viral dilaman sosial menganai keadaan kehidupannya sekarang.

Baru-baru ini, ada individu yang terserempak dengan beliau dan berpeluang untuk berbual bersamanya. Amat menyedihkan hati kami apabila lelaki tersebut menceritakan kehidupannya sekarang

Apabila dia di soal tentang keluarganya, jawapannya cukup menyayat hati…

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Awang Faizal Awang Yahya.

Seniman Lagenda Malaysia..”MAT SENTUL”

Jawapan Sayu Mat Sentul Bila Ditanyakan Soal Anak

Dulu aku pernah mendengar kisah orang tua ini daripada seorang pengguna FaceBook…
Kisahnya orang itu telah menjumpai dan menceritakan cerita sedih daripada orang tua ini…
Siapakah orang tua ini ???
Hari ini aku berada di Hentian Larkin Johor Bahru..
Sewaktu di dalam tandas, secara tiba-tiba aku teringat akan kisah orang tua ini…
Apabila keluar sahaja dari tandas, aku sangat terkejut kerana ternampak orang tua yang bermain di fikiranku..
Dan orang tua itu adalah seorang Seniman Lagenda Malaysia iaitu “MAT SENTUL”…
Saya menyapa Pakcik Mat..
Assalamualaikun Pakcik, saya peminat Pakcik…
Pakcik Mat tersenyum gembira..

Kami bertanya kepada Pakcik Mat mengenai anak-anaknya..Namun Pakcik Mat berkata…

Sedih Dengar Jawapan Mat Sentul Bila Ditanyakan Tentang Anak

Dia berkata mari kita berbual di bawah situ kerana di sini panas…
Saya pun terus mengajak Pakcik Mat untuk masuk ke dalam salah sebuah restoran berhampiran..
Ramai orang menegur Pakcik Mat sentul ini..
Niatku untuk membelanja Pakcik Mat tidak kesampaian kerana ada seorang lelaki berumur telah menegur Pakcik Mat..
Eh, ini Pak Mat Sentul ker ???
Sekali lagi Pakcik Mat tersenyum…
Lelaki tadi terus berkata eh Pakcik terlalu berjasa dengan ramai orang…
Lelaki itu terus mengeluarkan duit beberapa ratus untuk diberikan kepada pakcik Mat…
YA ALLAH, jelas kelihatan kegembiraan Pakcik Mat…
Lelaki itu berasal daripada Kuala Lumpur…
Rupa-rupanya lelaki itu merupakan pesara Proffesor Emirates Dr Azman…
Hah, harap betul aku type pangkat Dr tu…
Kami bertanya kepada Pakcik Mat mengenai anak-anaknya..

“kalau kita ada duit, kocek penuh duit, kita mesti ramai anak”.

Sedih Dengar Jawapan Mat Sentul Bila Ditanyakan Tentang Anak

Namun Pakcik Mat berkata “kalau kita ada duit, kocek penuh duit, kita mesti ramai anak”..Pakcik Mat menceritakan dengan nada perlahan…
Kita pasti memahami daripada maksud Pakcik Mat…
Dan Pakcik Mat berkata lagi, anak-anak saya dah lama ikut haluan masing-masing..

“50 tahun saya berlakon..awak belum lahir saya dah berlakon..saya dah penat berlakon”

Sedih Dengar Jawapan Mat Sentul Bila Ditanyakan Tentang Anak

Kini Pakcik Mat tinggal di Masjid Larkin…
Beliau suka berjalan ke mana sahaja…
Ramai orang menegur sapa kepada beliau…
Saya bertanya lagi, Pakcik Mat tidak rindu untuk berlakon ker ?
Saya dah bosan berlakon…50 tahun saya berlakon..awak belum lahir saya dah berlakon..saya dah penat berlakon, orang upah saya untuk berlakon pun saya tolak, jawab Pakcik Mat kepada saya…
Sedih sungguh cerita yang dikongsikan daripada seorang Seniman Lagenda kita ini…
Moga Pakcik Mat Sentul dipanjangkan umur dan sentiasa murah rezeki..
Ameen…

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.