PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Apakah antara perkara yang penting di dunia dalam talian? Salah satu darinya adalah kata laluan, kunci kepada pelbagai servis yang disediakan di internet. 

Tetapi disebabkan terlalu banyak servis yang ingin digunakan, kadang-kadang menyukarkan pengguna untuk menggunakan kata laluan yang kompleks dan sukar.

Splashdata, salah satu syarikat keselamatan telah mengeluarkan senarai kata laluan terburuk untuk tahun 2015. Senarai ini diperolehi dari pencerobohan data yang berlaku sepanjang tahun lepas, seperti kes Ashley Madison, LastPass dan juga kes pengarah CIA, John Brennan.

Password terburuk tahun 2015

Untuk lima tahun berturut-turut sejak 2011, kata laluan ‘123456’ menduduki tangga pertama, manakala kata laluan ‘password’ menduduki tangga kedua.

Menerusi TheSkop.com, kami kongsikan senarai penuh 25 kata laluan terburuk 2015, berbanding tahun 2014 adalah:

1. 123456 (Tidak berubah)
2. password (Tidak berubah)
3. 12345678 (+1)
4. qwerty (+1)
5. 12345 (-2)
6. 123456789 (Tidak Berubah)
7. football (+3)
8. 1234 (-1)
9. 1234567 (+2)
10. baseball (-2)
11. welcome (Baru)
12. 1234567890 (Baru)
13. abc123 (+1)
14. 111111 (+1)
15. 1qaz2wsx (Baru)
16. dragon (-7)
17. master (+2)
18. monkey (-6)
19. letmein (-6)
20. login (Baru)
21. princess (Baru)
22. qwertyuiop (Baru)
23. solo (Baru)
24. passw0rd (Baru)
25. starwars (Baru)

Senarai kata laluan terburuk tahun 2015

Perkara paling penting apabila mahu mencipta kata laluan, adalah memastikan ia kompleks dan rumit. Kemudian barulah mencampuradukkannya dengan nombor atau simbol, serta penggunaan huruf besar dan kecil. Elakkan dari menggunakan perkataan popular seperti starwars, baseball dan monkey.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.