PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nama Fynn Jamal sejak kebelakangan ini sering terpalit dengan pelbagai jenis gosip serta kontroversi. Masih lagi hangat dengan isu beliau mencuri idea perniagaan sambal orang lain, kini Fynn dituduh sebagai pengikut ataupun pengamal ajaran puak Syiah gara-gara penampilan beliau yang sering memakai jubah berwarna hitam.

Membidas dakwaan tersebut, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 33, berkata, perkara itu ternyata langsung tidak berasas dan terkejut dituduh seperti itu yang disifatkan sebagai melampau.

“Kalau di akaun Instagram saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya.

“Sampaikan imej saya yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman Syiah. Tuduhan itu memang mengarut.

“Sebagai seorang wanita Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak,” katanya kepada mStar Online.

” Saya ingin tegaskan, saya tidak membawa apa-apa perlambangan mahupun perlambangan Syiah, kalau tak percaya boleh berjemaah bersama-sama saya dan boleh dengar saya bertakbir.

Fynn Jamal Dituduh Syiah Kerana Selalu Pakai Jubah Hitam

“Sebenarnya dalam almari saya hanya ada lima jubah hitam, ada sehelai cardigan dan beberapa koleksi baju musim sejuk,” jelasnya sekaligus mengulas dakwaan tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media dan pelancaran Caliph Cereal For Eyes bertempat di Flora Terrace, Ampang, pada Selasa.

Menurut pelantun lagu Arjuna Beta ini, pemilihan warna hitam merupakan citarasanya sejak beberapa tahun lalu. Baginya kekerapan memakai baju warna yang sama berulang kali bukan sesuatu yang pelik.

Katanya, busana jubah lebih mudah dan cepat baginya untuk menyesuaikan dalam apa keadaan berbanding pakaian lain yang memerlukan dia mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan.

“Saya sedar benda macam ni ada persaman dengan ikon dunia misalnya seperti Mark Zuckerberg dan Steve Job. Dan Rasulullah juga mempunyai hanya dua baju dalam satu masa. Saya ada lima, okay lah tu kan…

“Setiap pagi jika mahu keluar rumah, saya peruntukkan masa hanya 10 minit saja untuk bersiap. Jadi paling senang ialah pilih warna hitam. Apa yang penting saya pakai baju yang bersih, selesa dan saya tidak mengganggu orang lain.

“Bukan tidak mahu memakai baju warna lain, tetapi saya rasa zaman itu sudah berlalu. Lagipun saya dan suami, kami memang sangat simple dari segi pemakaian,” tuturnya.

Sering Mengenakan Jubah Hitam, Fynn Jamal Dituduh Syiah

Bukan setakat teguran daripada pihak lain malah kata Fynn, keluarganya juga keluarga mertua turut menegur pemilihan warna bajunya juga baju suaminya yang turut mempunyai citarasa sama sepertinya.

“Kalau nak tahu, keluarga dan keluarga mertua pun ada menegur kami kenapa asyik pakai baju warna hitam. Kata mereka. bukannya kami tidak mampu membeli baju lain. Kalau nak tahu, dahulu setiap hari saya dan suami ada masalah untuk berfikir baju apa yang perlu dipakai.

“Pada pengakhirannya, saya dan juga suami memutuskan untuk memakai baju hitam sahaja. Bagi saya, yang penting baju dipakai itu bersih,” ujarnya.

“Memang betul, bukan kami tak ada duit nak beli baju lain tapi bagi saya dan suami, kalau bab berbelanja untuk pakaian memang kami tidak berlebih-lebih sangat. Tapi sebenarnya kami lebih suka berbelanja besar untuk gadjet dan makan,” ceritanya sambil tertawa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.