PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan pada Sabtu, menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di mana penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

Video Serpihan MH370 ditemui di Thailand

“Penduduk kampung menemui bangkai itu yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang,” katanya.

Penemuan ini telah meningkatkan spekulasi di kalangan media Thai bahawa serpihan itu berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Patthikongpan menambah bahawa ‘nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya’.

Penyiasat percaya seseorang mungkin telah sengaja mematikan transponder MH370 sebelum mengalihkannya ke arah lain, beribu-ribu batu dari lokasi asal.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada warganegara China. Beijing menyatakan bahawa mereka mengikuti perkembangan itu dengan teliti.

Bangkai pesawat turut ditemui terdampar di sebuah pulau Reunion, sebuah pulau di Perancis pada Julai 2015 tetapi tiada lagi kesan telah dijumpai.


(Baca: Kepingan logam disyaki MH370 mungkin serpihan roket)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.