PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.

Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan hutang tersebut lapor MStar.

Padah kritik Najib, Soo Wincci hampir muflis

“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.

“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015 dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ekoran itu, Wincci  tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan.

Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sementara itu Wincci memberitahu tidak pernah menyesal dengan tindakan meneruskan konsert tersebut kerana ada kelebihan lain apabila dia lebih dikenali sehingga ke luar negara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.