PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mohd Razis Ismail, atau digelar ustaz kasanova, berjaya memperdayakan ramai wanita dengan pelbagai jawatan agama dan perwatakan alim.

Sudah mempunyai 13 isteri melalui perkahwinan poligami yang tidak disahkan, Razis, 33, memperdayakan seorang pelajar berusia 20-an untuk menjadi isterinya lapor Malay Mail.

Ustaz Kasanova muncul lagi, kini sebagai Pegawai KDN

Terbaru, beliau didakwa menyamar sebagai penolong pengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab hal ehwal Islam dan mereka bernikah di negara jiran.

“Bagaimanapun mereka bercerai ketika usia perkahwinan baru memasuki bulan kedua dan sepanjang tempoh itu, mereka tidak tinggal bersama kerana merahsiakan hubungan daripada pengetahuan keluarga,” satu sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu Harian Metro.

Razis juga mendakwa menjadi imam beberapa masjid di luar negara, antaranya bekas imam masjid-masjid Australia dan Singapura.

Beliau pernah mendakwa bertugas ketua panel syariah persatuan pengguna, ketua hakim tilawah kebangsaan, penolong pengarah bahagian pendidikan Jawi dan pengamal perubatan Islam.

Semuanya semata-mata mahu mengumpan mangsanya untuk meraih wang, hasil ceramah atau perniagaan.

Ekoran itu, Jawi mengeluarkan notis rasmi mengisytiharkannya sebagai individu dikehendaki dan diedarkan kepada pihak berkuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Farah Wahida Zulkiflee di talian bebas tol bahagian penguatkuasaan 1800 88 1771, lapor akhbar itu lagi.

Waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktober tahun lalu selepas ustaz kasanova itu gagal hadir ke mahkamah atas dakwaan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.