PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO kini tampil berbeza.

Menerusi video berdurasi 3 minit yang dimuat naik oleh pengguna Facebook itu menampilkan Tun Mahathir berduet bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dengan menyampaikan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Kris Biantoro lapor Free Malaysia Today.

Apabila Tun Mahathir menyanyi duet dengan Tun Siti Hasmah

Dalam majlis sambutan 60 tahun perkahwinan mereka, Tun Mahathir mengenakan sut hitam manakala Tun Hasmah tampil berbeza daripada kebiasaan dengan busana serba hitam dan ‘bling-bling’.

Mereka masih kelihatan romantis berduet menyanyikan lagu yang berjudul ‘Jangan ditanya ke mana aku pergi’.

“Jangan ditanya kemana aku pergi, Jangan ditanya mengapa aku pergi, Usah dipaksa tuk menahan diri, Usah diminta ku bersabar hati.”

Ketenangan dan sikap bersahaja Dr Mahathir dan Siti Hasmah sewaktu menyanyikan lagu berkenaan berlatarkan pertembungan politik antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Terkini, krisis itu menyaksikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, diheret ke dalam kemelut politik UMNO Kedah, ekoran cubaan kumpulan yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengambil kuasa.

“Putuslah rambut, putus pula ikatan, Pecahlah piring, hilang sudah harapan, Hati nan risau apakah sebabnya, Hati nan rindu apakah obatnya,” nyanyi Tun Mahathir.

Nyanyian Dr Mahathir itu menimbulkan tanda tanya, adakah lagu itu mengariskan kekecewaanya terhadap Najib Razak yang dipilihnya menjadi Perdana Menteri, atau menangisi parti yang ditubuhnya pada 13 Februari 1988.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.