PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PEMILIK kelab Johor Darul  Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih menyertai JDT II untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Bagi Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan lapor Astro Awani.

TMJ kata Undang-undang FAM paling bodoh
Bagi Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), seseorang pemain wajar memilih haluan kerjaya profesionalnya selepas program Harimau Muda dibubarkan.

Tunku Ismail juga berasa, peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda pulang ke negeri asal adalah tidak lagi relevan.

“Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka,” kata Tunku Ismail.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.