PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

AMBER Amour, 27, mendakwa dia telah dirogol oleh seorang lelaki ketika melawat Afrika Selatan dan dia telah memilih untuk mendokumentasikan kejadian berkenaan dalam Instagram.

Amber mendakwa lelaki itu, Shakir merogolnya selepas bersetuju untuk mandi bersamanya.

Sebaik sahaja diserang, Amber terus memuatnaik dalam instagramnya menerangkan perasaan yang dialaminya ketika itu lapor Mynewshub.

Wanita Kongsi Pengalaman Selepas dirogol Dalam Instagram

Ironinya, Amber melawat Afrika Selatan untuk mempromosikan kempen `hentikan rogol’ yang dimulakan oleh Amber selepas diserang di tempat asalnya iaitu New York dulu.

Menurut Amber, dia berkongsi keadaan itu termasuk proses pemeriksaan oleh polis kerana ingin melaksanakan apa yang diperkatakan selama ini.

Dia kini berada di Afrika Selatan di mana siasatan masih dijalankan oleh polis manakala lelaki yang didakwa merogolnya pula menafikan perbuatan itu dan mendakwa seks berlaku atas persetujuan bersama.

Wanita Kongsi Pengalaman Selepas dirogol Dalam Instagram

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.