PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kemaluan lelaki warga Pakistan yang dipotong isterinya di rumah mereka di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, semalam, disambung semula dalam pembedahan selama 15 jam.

Pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pembedahan penyambungan semula alat sulit mangsa bermula pada jam 2 petang semalam, dapat menyelesaikan proses pembedahan pada jam 4 pagi tadi.

Alat sulit lelaki Pakistan ambil masa 15 jam untuk disambung balik

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata setakat ini, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan pihak polis sudahpun merakam percakapan daripadanya tengah hari tadi.

“Setakat ini, penyambungan yang dilakukan berjaya, namun masih belum dapat mengesahkan sama ada kemaluan mangsa dapat berfungsi atau tidak.

“Untuk peringkat siasatan, pihak polis sedang melengkapkan laporan sebelum proses pendakwaan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi BH, petang tadi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.