PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebuah video menunjukkan dua pelajar sekolah menengah dibuli oleh sekumpulan remaja menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook pada Sabtu lalu, memperoleh 45,325 ‘view’ dan 541 ‘like’, dengan sekurang-kurangnya 184 komen mengutuk tindakan tersebut.

Dalam video itu, sekumpulan remaja berpakaian biasa memaksa seorang pelajar sekolah menengah menjilat jalan, manakala seorang lagi mangsa dilihat berdiri berdekatan lapor MStar.

Pelajar dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din yang mengulas mengenai laporan berhubung video itu berkata, enam remaja lelaki, berusia antara 18 dan 20 tahun, ditahan.

“Kesemua suspek ditahan pada Isnin. Kita turut merampas enam telefon bimbit.

“Mereka direman selama tiga hari sehingga Khamis ini,” katanya.

Mohd Zaini berkata, berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Sea Park di sini.

“Mangsa dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing selepas mereka dituduh mengambil gambar perempuan tanpa kebenaran,” katanya sambil menambah insiden berkenaan berlaku pada akhir bulan lalu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.